Uniknya orang Melayu ni...

Walaupun berpecah belah disebabkan ideologi politik, tapi mereka boleh bersatu ibarat pahlawan 5 bersaudara tanpa diduga.

Uniknya orang Melayu ni...

Walaupun mempunyai sikap toleransi yang tinggi dengan agama dan kaum lain, tapi sifat rasis mereka boleh menjadi aktif tanpa disangka.

Uniknya orang Melayu ni...

Walaupun dilihat mempunyai kesabaran yang tinggi sehingga dituduh pengecut, tapi sifat amukan Jebatnya boleh muncul pada bila-bila masa.

Uniknya orang Melayu ni...

Walaupun diam apabila Sultan2 dihina, tapi sifat taat Tuahnya akan timbul apabila mendapat titah untuk menghapuskan penderhaka.

Sifat-sifat unik Melayu ni akan nampak apabila agama Islam dihina, Sultan-sultan dikeji, bahasa dan adat Melayu dipijak.

Jadi, jangan sekali-kali petik suis On 'Keunikan Melayu' ini sekiranya anda tidak ingin melihat Tuah, Jebat, Kasturi, Lekir dan Lekiu beraksi.

Comments